Saturday, November 8, 2008
Zombi Jalan Bahagia








































































Ecah yang dimekapkan oleh Abah Encem dia.. mula2 dia syok ja tayang muka dia kat org... rasa mcm lawa ja lepas mekap ek... tapi ecah tak tau abah encem mekap dia jadi zombi...heheheehe.. masa abah encem dukung tnjuk muka ecah di cermin.. ecah sendiri yang terkezut.. tapi bila dah ramai dok gelak2 dia terus gelak besar.. pastu siap buat mimik muka hantu plak kat org.. dah macam dalam filem zombi kampung pisang pulak ibu tgk ecah.. ecah dah pandai usik2 org.. walaupun kadangkala ecah ni mencabar kesabaran ibu dengan perangai2 ecah tapi ecah tetap menghiburkan dan permata hati ibu yang tiada tandingannya...
Ok ibu crita latest info tentang ecah lak ya.. Ecah dah pandai apa ya? Ecah bab menyanyi mmg pandai.. tapi ibu nak ecah pandai mengaji / baca quran jugak.. jgn asek menyanyi saja ok.. stakat ni mmg dah pandai baca doa makan.. doa tdoq pun ibu dah ajar tapi ecah buat dek aje.. hisshhh nak kena tau.. takpa, belajar pelan2 ya.. Bila nani atau ibu solat.. ecah pun ikut sama walaupun tungging terbalik tertib solatnya dan ecah suka hentam saja tapi ibu suka tgk anak ibu ada hati belajar ttg solat.. nanti lama2 pandai la kan..
Hmm...lagu yang ecah pandai menyanyi lagu ketahuan dari kumpulan matta dan lagu di ruang rindu kumpulan letto... walaupun kadang2 merapu jer lirik tapi kelakar bila dgr ecah menyanyi.
Bab menari? hmmmmm jgn cakap la... mmg kuat bergelek anak ibu ni.. mmg suka betoi menari. Sampai tgh makan di kedai makan pun bila ecah dgr lagu ecah nak goyang badan.. tapi bila abah tgk ecah malu pulak ya... takpa.. ecah kan anak perempuan.. ecah kena ada rasa malu tu dlm diri... Jadilah anak yang terbaik dalam keluarga dan cubalah jadi manusia yang hampir sempurna yang boleh dibanggakan oleh ibu dan abah ya...
posted by LAILATUL AI'SYA's GALLERY @ 6:25 PM   0 comments
Saturday, November 1, 2008
Selamat tinggal rambutku..




















Nak gunting rambut tak????? Tidakkkkkkkkkk!!!!
Walaupun puas memujuk ecah tetap tak mau digunting rambutnya.. dia kata rambut dia cantik.. Rambut ecah lebih kurang 4 inci dah cecah pinggang pun.. sebenarnya ibu pun sayang nak gunting rambut ecah tapi ibu rimas tgk rambut ecah yang tak kemas sebab ecah tak suka betul ikat rambut.. asek biar lepas dan mengerbang saja.. Rambut ecah ni mmg sengaja ibu biar panjang.. sebab bila ecah rambut pendek sewaktu bayi dulu ramai yang kata ecah ni lelaki.. So lepas first time buang rambut ecah masa kenduri cukur kepala di waktu ecah berusia 14 hari, ibu dah nekad taknak gunting lagi rambut ecah. Ibu nak rambut anak ibu panjang.. tapi bila ecah selalu tuang susu kat rambut time tdoq, ibu rasa mcm nak gunting pendek jer rambut tu.. habih rambut ecah rosak kena susu..
So lepas 3 thn, ibu decide nak potong pendek sket.. dan bila ibu tanya ecah nak gunting rambut atau tak, ecah terus kata nak.. ibu call tanya abah dan abah pun kata ok.. so mula operasi ibu ni.. walaupun lepas gunting rambut tu nampak tak sama dan sedikit senget, ibu dah gunting biar bawah dia sama jer time ecah mandi..
posted by LAILATUL AI'SYA's GALLERY @ 6:43 PM   0 comments
about me
My Photo
Name:
Location: Somewhere in Lunas, Kedah, Malaysia
Udah Lewat
Archives
sutbok
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. Aenean viverra malesuada libero. Fusce ac quam.
Links
Template by
Free Blogger Templates